-->

.

Wednesday, 30 January 2013

Cara Untuk Celikkan Si Cemburu Buta (O_O)

Cemburu itu tandanya sayang , tapi kalau cemburu buta
sayang boleh melayang -,-

Cemburu buta itu boleh membunuh dan selalunya perasaan cemburu itu disertakan dengan perasaan marah.
Bunuh emosi itu atau lebih teruk bunuh secara fizikal .. Ya perasaan cemburu itu normal tapi kalau sudah
cemburu yang teramat , itu adalah tidak normal dan boleh mengganggu hubungan kamu.
Apabila kita cemburu , kita bimbang jika pasangan kita mungkin mencari orang lain yang lebih menarik dari kita .. Tetapi lama kelamaan pasangan akan rasa rimas,risau dan cuba mengelakkan diri dari si kamu yang suka sangat CEMBURU BUTA..

1. cari punca sebenar

Kamu harus mencari punca sebenar apa yang menyebabkan kamu berasa terlalu cemburu terhadap pasangan kamu. Adakah kamu kurang percaya kepada pasangan kamu ? Atau kamu kurang yakin pada diri kamu sendiri ? MUNGKIN YA & MUNGKIN TIDAK
Kamu jangan buat tuduhan melulu tanpa usul periksa atau bukti. Jika kamu mempunyai sifat panas baran , kamu perlu menenangkan diri sebelum bersemuka dengan pasangan kamu. FACE TO FACE

2. berikan masa

Beri diri sendiri masa untuk mengatasi sifat cemburu dalam diri kamu. Jika kamu memang seorang yang cemburu kamu tidak  boleh berharap untuk berubah dalam sekelip mata

3. minta maaf

Mungkin pada mata si dia jika kamu selalu meminta maaf jika suka cemburu buta , perkataan maaf yang datang dari mulut kamu itu mungkin tidak berharga lagi buat diri si dia. Tapi ia cukup baik dari kamu ego untuk meminta maaf. Jika kamu meminta maaf, ia bermakna kamu sedar perbuatan kamu itu salah dan cuba untuk tidak mengulanginya lagi .. Okeyh ?

4. komunikasi

Luahkan perasaan kamu dan mengenai masalah cemburu kamu bersama-sama dengan pasangan.Berkomunikasi bukan bermaksud kamu boleh melenting sesukahati tetapi sebaliknya berbincanglah dengan elok dan elakkan dari rosakkan perhubungan kamu berdua.

5. elak salahkan pasangan kamu

Elakkan dari menyalahkan pasangan jika berlaku perselihan faham antara kamu berdua. Kamu mempunyai pilihan untuk menyelesaikan dengan cara baik tanpa melibatkan perasaan cemburu buta.  Kamu bertanggungjawab dengan perasaan kamu sendiri. Menyalahkan pasangan tidak akan menyelesaikan masalah.

6. sentiasa positif 

Sekiranya kamu berfikiran positif, mungkin perasaan cemburu itu dapat diatasi dan dikawal. Tetapi kamu harus ingat untuk tidak sewenang-wenangnya  mempergunakan kepercayaan yang telah diberikan kepada kamu. Jika disalahguna, mungkin perasaan cemburu buta itu akan makin bertambah dan mungkin kepercayaan itu akan hilang terus!!

7. ubah diri supaya menjadi lebih baik

Tak rugi jika kamu mempunyai azam atau motivasi diri untuk ubah diri sendiri menjadi lebih baik. Minta pertolongan atau nasihat dari pakar jika kamu benar-benar ingin buang sifat cemburu buta di dalam diri. Dan jangan lupa sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan kesabaran yang lebih tinggi.

8. kurangkan sifat marah

Jangan cepat melenting, sebaliknya fikir secara positif dengan menarik nafas dalam-dalam biarpun ketika berdepan dengan si dia yang menyinggung hati kamu dan membuatkan kamu cemburu. Selain dari menarik nafas dalam dalam, kamu boleh mandi, solat atau buat aktiviti yang dapat mengurangkan rasa marah dan cemburu kamu.

9. jangan bandingkan dengan orang lain


Jangan membandingkan diri kamu dengan orang lain dan seksa diri sendiri dengan perasaan yang negatif. Kalau kamu sibuk dengan sikap cemburu buta yang negatif tu, bila masa pula kamu nak merasa kemanisan kasih sayang dalam satu-satu hubungan? Bina keyakinan terhadap diri sendiri dengan mengenal pasti kelebihan yang ada pada kamu dan yakinlah dengan keistimewaan yang kamu ada.

10. belajar dari kesilapan 

Sebenarnya emosi negatif mempunyai peranan dalam kehidupan kita, dan salah satu pengajarannya adalah ia mengajar kita bagaimana untuk menjadi seseorang yang lebih baik dalam memperjuang dan mengatasi sikap cemburu buta.
Anda mungkin tidak memiliki satu sama lain, tetapi kamu boleh membuat ikrar tentang komitmen terhadap hubungan antara satu sama lain. Cemburu buta hanya memusnahkan diri sendiri. Tiada pengakhiran yang baik dan menggembirakan dalam hati manusia yang sering cemburu. Oleh itu sebelum kamu mahu cemburu, cuba renung kembali langkah-langkah yang telah diberikan diatas dan cuba kurangkan perasaan itu ya? ^^



Terima Kasih Kerana Sudi Bace Post Yang Tak Seberapa Ni!!

Ditaip HiDuP Ku dAlAm diRimU Tepat 02:42
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Yuhuuuu !!

Yuhuuuu !!
NAMA TITTEW NAJIHAH KORANK BOLEYH PANGGIL G ATAU PUN JIEHAH .. 14 TAHUN .. SMK BADANG .. TITTEW TINGGAL AT KELANTAN ... TAK SUKA KAWAN DENGAN ORANKK YANG BUZYBODY

TiNgGALkAn KeSAn TAPaK kaKi anDA

BuDAx TiUt

Jiehah ONLINE
DLm LiDAh aD kATa , DLm kATa aD BHsa , DLm bHSa Ad mKnA , dLm mKna aD RSa , dLm Rsa Ad BAHAGIA juGA DERITA .. SGalA-GaLanYa sANtuN jUGa pRAdaBanNya dLm DUnia ..
カーソル・スイッチ

iMbas KEMbALi

  • ▼  2013 (32)
    • ►  February (10)
    • ▼  January (22)
      • Kelas Malam
      • Anak Buah
      • Setia Hujung Nyawa !!
      • Segmen : Lagu Favourite saya by Leeyana Amzar
      • Cara Untuk Celikkan Si Cemburu Buta (O_O)
      • Mata Titew !! :O
      • Wahhh !!
      • Bosan Tak Ada Kerja
      • 3 Sebab Lelaki Tak Tertarik Pada Diri Kamu
      • Mini GA Topup RM30
      • Topup Giveaway by FD
      • Segmen Mega 3000 Follower By Blog 3 Dalam 1
      • SAHABAT
      • APABILA BDX NI BORINKK
      • Muka Paling Hodoh
      • Cara Nak Kekalkan Hubungan Cinta
      • Jom Follow
      • "SEGMEN DIALOG LUCU CIK TEHA"
      • WOW !!
      • December 25, 2012
      • Back To School
      • "Giveaway NewYear 2013 JiwarOsak"
  • ►  2012 (49)
    • ►  December (16)
    • ►  November (33)
Powered by Blogger.